MGBSIM, Karnival Amal
Islami.
Memberi sebuah hikmah
yang tak terbayar dengan sejuta tan emas. Menunjukkan bahawa, kesungguhan itu
merupakan asas kejayaan. Dan juga dorongan dan panduan seorang guru.
Sebuah misi mampu
dicapai dengan kedua-dua unsur ini. Dan berdikari, terdapat hadnya tersendiri.
Dengan berdikari sahaja, kita mampu menguatkan apa yang sedia ada. Namun untuk
menambahkan kekuatan yang sedia ada, kita tidak boleh tidak perlukan guru,
mentor, coach, murabbi dan sebagainya.
Maka begitulah kisah
Al-Amin di KAI. Kerana terlalu berdikari tanpa panduan, kami telah memaksimakan
penggunaan bakat yang kami ada, namun tidak cukup untuk mengatasi mereka yang
berusaha berbakat dengan panduan.
Begitulah manusia
dalam hidup, tidak mampu untuk mendapat redha Allah hanya dengan berfikir dan
beramal sendiri. Kita perlukan bantuan wahyu untuk berjaya. Kerana itu manusia
yang beribadah dengan cara wahyu lebih baik daripada yang bertapa siang malam
mengikut logik akalnya.
KAI juga menunjukkan
kesungguhan itu akan terzahir semasa penilaian. Kita dapat cam siapa yang
bersungguh dan siapa yang main-main dalam persediaan semasa pertandingan.
Nasyid contohnya, siap dengan gaya gerak tangan badan, dengan baju yang seragam
siap songkok yang berhias. Itulah yang bersungguh. Memang syaratnya nasyid
sahaja tetapi pemakaian seragan dan kemas itulah yang menzahirkan kesungguhan.
Begitu jugalah hidup.
JIka kita benar-benar bersungguh-sungguh, perkara kecil yang dianggap remeh
itulah yang kita jaga. Syaratnya puasa tak makan minum namun kita jaga tidak
melakukan pembaziran dan sebagainya.
KAI juga merapatkan
ukhuwwah antara kami. Tak pernah diketahui perangai dia ini begini begitu
akhirnya kenal. Kita jangan sangka kita sudah kenal seseorang itu jika kita
belum bermusafir dengannya. Nak-nak kalau kita kenal orang itu semasa stress.
Ketika itulah warna sebenar dia muncul.
KAI juga mengajar kita
tentang pandangan berbeza. Ana tewas ana terima. Namun ada seseorang yang ana
yakin dia menang tetapi tewas tanpa nombor itu ajaib. Kerana pada hemat ana,
dia lebih bergaya dan gaya bahasanya lebih sedap daripada orang lain. Isinya
juga mantap. Namun, itu hanya pandangan.
Bagaimana nanti dengan
pandangan Tuhan? Pada kita, kita sudah melakukan yang elok dan berkualiti.
Namun pada Allah? Adakah Allah akan terima amal yang kita rasa terbaik itu
bakal diterima? Maka adakah kita masih enggan melakukan ibadah tambahan, yang
sunat misalnya?
KAI juga mengajar
untuk meluruskan niat. Jika kita datang niat nak menang, dah usaha
sungguh-sungguh, tapi kalah juga, maka sia-sialah niat kita. Para sahabat
mereka keluar rumah dengan banyak niat. Contoh hendak pergi ke masjid, mereka
berniat hendak solat, cari redha Allah, iktikaf, hindar daripada aktiviti lagha
dan maksiat, nak jumpa orang dan senyum dan macam-macam niat lain. Dan bagi
mereka ganjaran bagi setiap niat mereka. Jadi niatlah pelbagai dalam pergi KAI.
Kata orang, guru yang
paling hebat ialah pengalaman. Maka Alhamdulillah, Allah sediakan jalan untuk
baiki kemahiran dan mendapat hikmah yang tak ternilai dan disangkakan.
Alhamdulillah thummal hamdulillah, thumma alhamdulillah. Tahniah Azhari atas tulisan ini. Komen-komen bernas dari pemerhatian yang datang dari hati yang peka dan prihatin.
ReplyDelete