Benarlah kata orang, perasaan dan pengalaman itu takkan
sama. Buatlah WAFA lagi 10 kali pun, takkan sama perasaannya. Hatta WAFA 2.0
pun perasaannya takkan dapat dibuat semula... dicipta semula semua.
Pengalaman pergi ke WAFA 2.0 takkan dapat diulang. Merupakan
WAFA yang relaks, tenang, suasana yang amat kondusif untuk merapatkan hubungan.
Hubungan sesama adik-beradik angkat (samada kawan serumah mahupun orang sana),
mak ayah, dan orang kampung amnya.
Aku tak tahu bila lagi dapat bersama mereka dalam suasana
seperti ini lagi. Bersama Aiman Safwan dan Amjad yang galak bermain dengan
Haziq dan Amir (satu geng membuli dan satu dibuli mungkin...), ralit melihat
pokcik Md Nor sehingga pukul 11 malam membuat candat yang begitu halus
pembuatannya, diceritakan jenis-jenis candat, fungsi dan bagaimana
menggunakannya... dan seribu satu lagi kemanisan WAFA 2.0.
Yang paling mahal padaku, apabila dapat mengenal
sahabat-sahabat 2NT dengan lebih dekat dan rapat. Mengenal perangai masing-masing,
adat mereka di rumah, dan sebagainya. Kerana aku sedar, ia takkan dapat
diulangi lagi selamanya.
Walaupun Explorace masih ada, namun ia bukan lagi dalam suasana
santai seperti kali ini.
Benarlah, bermusafir itu adalah kunci taaruf. Kita takkan
dapat taaruf habis selagi kita belum musafir dengannya.
Perasaan sebagai peserta WAFA amat lain dengan peserta WAFA
2.0. Kerana WAFA amanahnya membantu orang kampung. Kali ini adalah untuk
mengeratkan talian rahim semata. Dan padaku, objektif ini tercapai dengan jayanya. Segala puji bagi Allah atas segala nikmat kurniaannya.
Pemergian ke Pulau Kapas memang menyebabkan terasa nikmat
ukhuwwah itu. Apabila mandi pantai, naik bot, terjun, pikul orang main
tolak-tolak siapa jatuh dulu, jadi kembali seperti budak-budak main istana
pasir, berenang, simbah air, kisah “ikhwah malas bawa sabun”, mandi perigi, “ragbi”
dan macam-macam lagi.
Apabila malam bakar ayam, makan dan hujan, "berenang" dalam
khemah, menggigil sejuk apabila angin datang laju… apabila slot Ust Taufik
menceritakan hala tuju, video banat, persembahan “terancang” banin, julang ust,
salam peluk, tidur canvas… fuh… tak tergambar. Apa yang pasti, pengalaman ini
takkan dapat direplikasi selamanya walaupun diberi emas sepenuh bumi.
Oh ya, kini mokcik dan pokcik sudah mula memahami. Mereka
sudah kenal gelagat seorang demi seorang. Seorang sahabat mengatakan, bahawa
mereka (orang kampung Bukit Gasing) anggap ini adalah hubungan sampai mati.
Katanya mereka amat berharap kami akan datang ke hari pengkebumian mereka kelak
dan sentiasa mendoakan mereka. Maka aku sedar, seperti mereka, aku juga,
berhasrat ikatan kita kekal sehingga ke syurga.
Contract WAFA kami adalah contract selamanya. Contract ini meliputi ikatan sesama 2NT kita serta ikatan dengan keluarga nun jauh di Marang sana, dekat di hati semua. Putusnya akan
menyebabkan timbulnya kecewa. Maka contact juga perlu menjadi perkara biasa.
Buat sahabat-sahabatku di luar sana, rajin-rajinlah berhubung dengan mereka walaupun
seketika. Telefon walaupun seminit dua. Kerna contract kita contract
selamanya!
Tahniah kepada semua. Sesungguhnya ikatan yang terbina kerana Allah itu akan membawa ke syurga.
ReplyDelete